Khasiat Tahi Besi
KABARPATROLI - Ini ialah tahi besi , ia selalunya digunakan sebagai medium pendinding dari pada gangguan makhluk halus, biasanya Ia ditanam di empat penjuru rumah untuk dijadikan pagar rumah atau pun diletakkan di atas pintu masuk rumah. InsyaAllah, rumah akan bebas dari gangguan makhluk halus.
Kata orang tua zaman dahulu ketika membuat senjata ada dimasukkan juga tahi besi dengan tujuan untuk melemahkan mereka yang mempunyai kekebalan badan dari senjata tajam.
Biasa kita tengok tahi besi dalam ketulan ketulan kecil sebesar ibu jari orang dewasa, tahi besi sebenarnya dari percikan atau habuk besi semasa penyepuhan senjata seperti pisau, keris, parang, golok dan sebagainya.
Semakin tua umur tahi besi itu maka semakin hebat faedahnya, seperti tahi besi yang sudah memakan masa dan proses yang bertahun-tahun sehingga membentuk seperti batu kerikil.
Khasiat Tahi Besi
1. Penggunaan tahi besi biasanya untuk menganiayai orang lain. Ahli sihir gemar menggunakan tahi besi untuk memukau mangsanya.
2. Tahi besi juga boleh membinasakan usaha seseorang dengan menanamnya di kawasan tempat usaha nya musuh.
3. Ada juga yang menanam tahi besi di halaman rumah orang dengan niat keluarga dan penghuni rumah itu bercerai-berai. Menurut kepercayaan lama, sesiapa yang melangkahi tahi besi yang ditanam akan putus zuriatnya. Wallahualam...
4. Namun tahi besi juga dikatakan membawa kebaikan kerana dipercayai dapat membuat pemiliknya seolah-olah ‘ghaib’ dari pada pandangan musuhnya.
5. Tahi besi juga dikatakan memberi kekuatan tambahan kepada diri manusia yang membawanya.
6. Tahi besi juga berguna sebagai pendinding sehingga pemiliknya akan diberi ‘alamat’ tentang sesuatu perkara baik atau buruk.
7. Hantu Pelesit dikatakan takut pada tahi besi. Menurut pandangan pengamal pengobatan, rupa pelesit adalah seperti seorang tua yang amat hodoh dan berambut putih panjang. Cara ia berjalan mirip anjing laut. Ia menumpang ke badan belalang hijau sebagai tunggangannya. Cara untuk mengenali rupa belalang pelesit adalah dengan melihat di atas kepalanya terdapat tanda merah. Apabila dicabut kepalanya akan nampak juraian rambut yang halus.
8- Bila disimpan dikediamannya, tahi besi dikatakan dapat menolak energi atau gelombang negetif seperti sihir santau dan sealiran dengannya yang cuba mencelakai penghuni rumah tersebut.
Tahi Besi merupakan titisan percikan dari besi yang ditempa. Adapun yang mujarab akan kegunaan manusia itu dari Tahi Besi tempaan senjata.
Setiap titisan percikan ini disatukan. Dari kamilan senjata dan olahan demi olahan niat dari tuan empunya kehendak dan dari keberkatan tukang. Segalanya terkumpul dalam kamilan yang penuh kotoran. Namun, kotoran bukan sekadar kotoran. Kotoran berhikmah dan penuh berhikmat. Hanya yang mengetahui dapat menghargainya.
Redaksi